Rutin Harian | UKM Part 2

Assalamualaikum dan hi semua. Pada post pertama aku pernah cakap nak cerita tentang ukm part 2 ha so harini aku nak cerita sedikit rutin harian aku di ukm untuk sem 1.
Secara ringkasnya aku kat ukm mengambil kos bisnes admin untuk first year, second year nanti aku boleh tukar sama ada nak kos perakaunan atau sebagainya. Kos aku ni kena isi jadual sendiri tau so semestinya kita kena bijaklah kan haha so that cuti yang bermanfaat dan lama bila balik rumah pun dapat 😚.
Kelas aku ada hari isnin sampai khamis je itupun sehari just ada 2-3 subjek. Hari jumaat memang aku taknak ada kelas lansung sebab lepas habis kelas khamis memang dah boleh cau balik rumah. Tak semua kelas aku start pukul 0800 pagi tapi rutin harian ni aku buat start pagi okay. Here we go ;

730 am :
Kelas start 800 am tapi sebab takde kenderaan kan so seawal 730 pagi da kena ada kat bus stop. Kekerapan bas untuk ambil student adalah setiap 30 minit. Btw aku bersyukur sangat bas datang ke kolej kediaman aku dulu sebab kitorang boleh penuhkan bas dulu takpayah nak bersesak hehe.
800 am :

Dewan kuliah fakulti ekonomi dan pengurusan ukm. Tunggu luar jap sebab dari kolej ke fakulti ambil masa dalam 10 minit je. So dewan tak buka lagi. Nak sarapan dulu pun boleh sebab ada corner student jual makanan. Takde gambar hm korang bayang sendiri jelah.
8.00 am - 11.00 am :
Kelas untuk subjek wajib selalunya 3 jam. Sejuk weh dalam dewan ni. Kadang sampai nak fokus pun susah haha tambah lagi dengan mengantuknya.
Laluan ke pejabat pensyarah. Kalau nak jumpa pensyarah kena tanya dulu beliau ada ke tak. Pensyarah busy sangat sebab selalu kena attend meeting dan sebagainya.
2.00 pm :


Okay done jom balik kolej, kita makaaaaaaan!
2.30 pm :
Sebenarnya menu ni ada time petang je kat kolej aku tapi takpela apa salahnya kan eheh. So harga spagetti aku RM6 je dan banyak gila! Sampai rasa tak lalu nak makan dah sebab kuantiti dia banyak sangat. Kawan aku tu pun harganya RM5 tak silap dan memang kenyang. Alhamdulillah berbaloi dan bersyujur jadi student ni.
3.00 pm :
Balik kolej untuk solat dan rehatkan diri sebelum kelas malam atau aktiviti belah malam. Macam biasalah pemandangan kat kolej aku ni ha. Monyet nak mencari makan petang. Nasib je haiwan ni tak serang haih seram.
830 pm :

Kelas malam aku ada hari rabu je iaitu kelas caklempong. Ay kelas yang paling aku suka!!!! Best tau main caklempong and cikgunya pun baik dan cute je. Jemputlah tengok aku main caklempong :P
Done! okay tu je secara ringkasnya rutin harian aku kat ukm. Jumpa lagi, adios!







Comments