Hai, so harini aku nak cerita tentang rumah aku. Tak best mana pun tapi biasalah dah rumah sendiri kan mestilah sendiri yang rasa seronok 😝 .
Aku duduk kat sungai udang klang. Klang ni adalah sebuah bandar diraja hm alah bukan nak cerita pasal sejarah klang tapi nak cakap yang klang ni bandar sebab maju lah jugak dengan pembangunan tapi takdelah gah macam Kuala Lumpur tu. Tapi Klang ni makin lama makin membangun juga sebab makin banyak pula pembangunan yang nak didirikan di sini. Aku bersyukur sebab Klang ni serba serbi lengkap dengan infrstruktur, peluang pekerjaan, tempat makan yang sedap dan murah pun senang nak cari.
Satu jelah yang aku tak suka ialah ramai betul warga asing yang dah menapak di Klang. Kat mana-mana nak pergi pun memang muka dorang mesti ada. Mydin Klang tu kalau korang pergi, macam bukan dekat Malaysia rasanya. Ada bangladesh, Myanmar, Indonesia dan ramai lagilah. Dulu tempat tulah yang kami selalu shopping tapi sekarang rasa takut pulak nak datang sana sebab rasa macam kurang menyenagkan. Yelah sekarang ni banyak je kes-kes yang berlaku berkaitan dengan warga asing.
Namun, selain daripada itu, banyak je keseronokan duduk di Klang ni. Antaranya kalau kat perumahan aku dalam 5 minit naik moto je dah sampai ke kedai-kedai yang menjual bermacam-macam. Contohnya tempat ni kitorang panggil simpang 4 tau. So kat simpang-4 ni ada KFC, Dominos, ada kedai RM2, deretan kedai-kedai makan, pasaraya borong dan kedai-kedai tepi jalan yang menjual pelbagai jenis makanan yang menarik.
Aku kalau balik rumah memang banyaklah duit habis melayang sebab semua benda yang aku nak beli atau teringin nak makan, senang je aku dapatkan. Tak perlu nak pergi jauh-jauh, habiskan minyak kenderaan. Malah harga barangan dan makanan pun murah-murah. Kalau nak compare dengan Kuala Lumpur atau Shah Alam, pergi jela restoren yang terletak disana, hampir semua menjual makanan melebihi RM10. Yelah salah satunya adalah disebabkan penduduk disana kebanyakannya warga elit. Sebab tulah aku kata Klang ni walaupun agak maju tapi masih menjual dengan harga yang mampu milik seperti student macam aku ni ha yang tiada pendapatan sendiri.
Comments
Post a Comment