Aku bangga dengan ibu

         Assalamualaikum semua, entry kalini aku nak cerita tentang ibu!!!!! My one and only idol. Aku tak tahulah nak start cerita macam mana hahah.
       Okay kenapa eh aku nak cerita tentang ibu? Cerita dia ialah mak aku ni kan seorang guru tadika. Tadika kan tempat budak-budak baru nak belajar benda baru, oh before that ni based on apa yang aku dengar cerita daripada mak aku almost everyday after she come back home from kindergarten tau. Ha berbalik pada budak baru nak belajar benda baru, macam biasalah semua orang kan IQ level tak sama, so ada lah budak yang senang nak catch up dan ada yang susah sangat ilmu yang dia belajar nak lekat dalam otak. So mak aku cakap memang ambil masa nak ajar budak-budak yang agak lemah dalam pelajaran ni. Rasanya semua pun boleh tahu yang kerja sebagai guru ni memang kena banyak bersabar sebab ragam manusia ni macam-macam ada. Lagi-lagi budak-budak yang tak reti duduk diam dan aktif 24 jam. Aku memang respect sangat dengan ibu dan semua guru-guru di dunia ni. 
         Then ibu juga ada mengajar tuisyen untuk budak-budak yang lemah ni. Aku pun selalu jugak kalau balik rumah tengok mak aku mengajar budak-budak dirumah. Mak aku cerita ada pelajar yang walaupun dah darjah 5 masih tak reti membaca. Mak aku kata kesian sangat sebab macam manalah budak tu nak jawab exam kan kalau tak reti membaca. Jadi mak budak tu bercadang menghantar anaknya ke rumah aku untuk mak aku ajar.
      Apa yang aku bangga sangat dengan ibu ialah sebelum ni ada jugak seorang budak ni dah darjah 2 tapi taktahu membaca lansung, tapi selepas dihantar ke tuisyen mak aku, akhirnya budak tu berjaya membaca malah dahulu kalau buat ejaan banyak sangat salah namun sekarang ni, budak tu hanya salah 1-2 sahaja. Selain itu,ada juga yang ramai budak yang sebelum ni belajar di tadika lain masih tidak tahu membaca, namun selepas dihantar tuisyen dengan ibu, alhamdulillah ada improvement
      Aku taktahulah kenapa, tapi sumpah aku bangga sangat atas kebolehan ibu mengajar anak orang lain untuk pandai dan mampu membaca, mengeja seperti budak-budak yang lain. Aku berharap sangat budak-budak tersebut membesar dengan jayanya dan tidak lupa untuk mencurahkan ilmu juga kepada orang lain juga.

Comments