Assalamualaikum dan selamat sejahtera warga net sekalian! Jadi entry kali ini adalah aku nak ceritakan kepada anda semua yang mana teringin nak pergi penang hill tapi taktahu apa sebenarnya yang ada kat sana?!
Jom kita mula!
Pertama kali sampai dekat penang hill, korang akan jumpa batu yang mengalu-alukan kedatangan anda sekeluarga.
Jom kita mula!
Pertama kali sampai dekat penang hill, korang akan jumpa batu yang mengalu-alukan kedatangan anda sekeluarga.
Haha abaikan mak aku tu, memang suka posing.
Next, beli tiket. Hm aku lupa pula nak tangkap gambar fee. Tapi yang aku pasti kalau warga tempatan dan ada ic dewasa hanya perlu bayar RM12, kanak-kanak aku lupa, dalam RM9 tak silap. Tapi kalau takde ic kena bayar RM30. Fuh so jangan lupa bawa ic tau.
Beratur sebelum nak naik train to bukit bendera. Actually ramai orang kat bahagian depan. Ni aku tangkap gambar belah tepi ruang masuk nak beli tiket. Kat bahagian sini pun ada restoren jugak untuk pengunjung yang lapar.
Done beli tiket dan scan untuk naik train. Okay sabar jap eh kita tunggu giliran untuk naik train.
Ha dah naik train. weeee aku duduk depan sekali sebab nak tangkap gambar. Make sure pegang something like palang or ahli keluarga etc sebab boleh jatuh tau. Curam perjalanan ke bukit bendera ni.
Dah sampai bukit bendera 🙌. Jom naik atas.
Hehe antara apa yang ada kat atas. Aku buat video tapi malas nak upload. Btw kat atas ni ada macam-macam tau, ada jualan makanan, siapa nak tangkap gambar dengan ular pun boleh 😂
One of the must place-to-go di bukit bendera. Tempat kunci. Yang datang dengan kesayangan bolehlah mangga cinta korang kat sini dengan tajuk 'manisnya cinta di bukit bendera' werkkk hahah.
Hehe my mom so cantik!
Last but not least. Bingsu pun wajib makan tau kalau pergi bukit bendera. Sedaaaaaap!
Pemandangan dari puncak bukit bendera.
Tamat! Itu sahaja pengalaman aku pergi bukit bendera. Menyeronokkan lagi-lagi bila pergi dengan keluarga tercinta ahaks. Tutup salam. Selamat malam!
Comments
Post a Comment