Assalamualaikum dan salam sejahtera semua! Jadi baru-baru ni aku baru je habis kendalikan karnival konvokesyen ukm ke 47. Karnival konvo ni untuk memeriahkan lagi majlis konvokesyen para graduan di UKM yang disasarkan kepada ahli keluarga para graduan. Yelah, ahli keluarga yang datang untuk meraikan hari graduasi tu bukannya boleh masuk pun majlis tu, jadi karnival ni membolehkan mereka berhibur sementara menunggu ha gitcu.
Tugas aku untuk karnival kakon ni adalah sebagai sekretariat bagi post pemasaran. Aku sangat berbangga dapat menjadi salah seorang daripada sekretariat bagi karnival ni tau sebab bukan calang-calang program ni! Memang besar sangat program ni sebab melibatkan ramai orang daripada pelbagai negeri yang datang. Jadi, semua petugas memang kena berusaha bersungguh-sungguh bagi menjayakan program ni. Kalau tak, boleh jadi hambar dan memalukan bagi UKM sendiri.
2 bulan pertama :
Tugas aku sebagai seorang sekretariat post pemasaran bermula. Ketua post aku iaitu put mengagihkan kepada para ahli post pemasaran untuk mencari para penaja. Syukur aku katakan dapat menjadi ahli post pemasaran. Sebabnya kerja senang sangat hahahah. Kami hanya perlu 'approach' mana-mana syarikat yang berkaitan seperti syarikat printing dan propose mereka untuk menaja kami dari segi baju, lanyard, bunting dan lain-lain.
Cara-cara nak cari penaja :
1) Paling wajib kena ada untuk propose para penaja adalah surat secara formal untuk memohon penajaan serta kertas kerja program
2) Cari sahaja mana-mana syarikat yang hendak dilamar di google.
3) Di dalam laman web syarikat tersebut, cara apa sahaja butiran untuk menghubungi syarikat tersebut, paling formal adalah emel. Tapi kalau nak whatsapp bagi aku lagi senang sebab kalau emel tak semua akan cek on the spot.
4) Hantar sahaja surat rasmi permohonan tajaan tersebut beserta kertas kerja kepada syarikat tersebut. Itu sahaja dan selepas itu apa yang kita perlu buat hanyalah menunggu dan banyakkan berdoa hehe.
Pastikan sentiasa cek update daripada syarikat tersebut tau!
Okay done part tugas aku. Alhamdulillah walaupun masih bertatih dalam post pemasaran, sangkut satu penaja dalam tangan aku sendiri hehe. Memang bangga habis weh sebab nampaklah yang aku berjaya buat kerja tau!
Sementara menunggu tibanya hari karnival konvo ni, aku juga menjadi salah seorang volunteer untuk konvo run yang diadakan 26 nov 2019. Jom check link ni untuk mengetahui tentang perjalanan sepanjang konvo run ukm. Best tau! https://nunabilazainurin.blogspot.com/2019/11/konvo-run-ukm-2019.html
TET TET TET......
Malam perasmian dimana pengerusi UKM merasmikan majlis dengan meletupkan belon. Terdapat juga gimik yang amat menarik perhatian para penonton (maaf tak dapat nak letak video)
Pada malam tersebut juga terdapat persembahan daripada artis undangan iaitu khai bahar dan syazwan syahmi. Sangat merdu ye suara mereka. Memang cairlah hati para wanita yang mendengar haha!

Dan tibalah hari karnival konvo yang ke-47!!!!
1 NOV 2019 :
Malam perasmian dimana pengerusi UKM merasmikan majlis dengan meletupkan belon. Terdapat juga gimik yang amat menarik perhatian para penonton (maaf tak dapat nak letak video)
Pada malam tersebut juga terdapat persembahan daripada artis undangan iaitu khai bahar dan syazwan syahmi. Sangat merdu ye suara mereka. Memang cairlah hati para wanita yang mendengar haha!
1,2,3 by Khai Bahar. Comel je Khai Bahar in real life hiks 😜
2 NOV 2019 :
Antara aktiviti yang dijalankan adalah sukan rakyat dan game stall. Harga tiket untuk bermain hanyalah RM2 selama 30 minit.
Sesiapa yang tiada kerja diminta edarkan flyers untuk menarik kanak-kanak ke tapak permainan yang berada di court KDO.
Pada sebelah malam pula, terdapat pertandingan nasyid serta persembahan daripada artis undangan iaitu hafiz hamidun dan ashraf daripada awal muzik.
3 NOV 2019 :

Permainan yang dijalankan adalah beyblade, e sport, bola tampar dan futsal.
Pada sebelah malam, terdapat pertandingan battle of the band diantara kolej-kolej kediaman di UKM. Setelah itu, ami dihiburkan dengan persembahan daripada kucaimars and the band.
4 NOV 2019 :
Berlansungnya ukm share dengan beberapa tetamu jemputan membincangkan tentang stress dan kemurungan dikalangan para pelajar. Pelbagai perkara telah dibincangkan diantaranya cara-cara menangani dan sebagainya.
Pada sebelah malam, terdapat pertandingan vocal essemble diantara kolej-kolej kediaman di UKM.
Artis jemputan malam tersebut adalah syafiq farhain dan heedan daripada awalmuzik.
5 NOV 2019 :
Tibalah pada hari terakhir karnival konvokesyen ukm yang ke-47.
Sebeleum berlansungnya penutup kakon47, terdapat pertandingan tarian filem melayu klasik serta persembahan yang sungguh menarik daripada artis jemputan kita iaitu wanie kayrie.
Setelah itu, ucapan kata penutup daripada pengarah ukm dan penyampain hadiah kepada para pemenang. Alhamdulillah, syukur semuanya berjalan dengan lancar. Setiap malam selepas habisnya program memamg akan adanya post mortem. Walaupun ada sedikit permasalahan yang berlaku sepanjang berlansungnya program, pada akhirnya kami tetap berjaya menjayakan karnival konvo. Setiap daripada sekretariat sangat berpuas hati dan berbangga dengan diri masing-masing kerana dapat menjalankan tugas dengan penuh komited dan bersungguh-sungguh. Aku memang respect sangat kepada semua yang berpenat lelah sejak 2-3 bulan lepas turun padang, tak pernah lepas pergi meeting, korbankan masa dan cuti semata-mata untuk menjayakan program ini.
Lastly aku nak letak gambar semua ahli sekretariat tapi gambar tak dapat lagi hehehe nantilah dah dapat gambar aku update, bye semua!
Comments
Post a Comment