Assalamualaikum dan selamat sejahtera warga internet sekalian. Semoga semuanya berada dalam keadaan yang baik dan sentiasa sihat sejahtera. Hahaha baik tak salam pengenalan aku?
Jadi, ini adalah blog pertama aku tau. Sebenarnya aku memang dah lama sangat berminat nak buat blog ni cuma tak berapa mahir dan takde masa. Ok nampak la menipu kat situ padahal banyak sangat masa malah terlebih-lebih lagi :P . Aku pun taktahu la apa yang aku buat selama ni. *sigh
Tibalah hari pendaftaran kan aku macam terkejut jugaklah sebab lancar sangat perjalanan pendaftaran . Yelah kita dah buat pendaftaran atas talian kan jadi tak payah susah-susah kena beratur tunggu giliran. HAAA disini aku dah rasa macam wow jugak ye perjalanan UKM ni. Eh, aku takdelah nak cerita satu-persatu tau hahah jenuh dan membosankan okay. Aku nak terus cerita pasal Minggu Mesra Mahasiswa. Tersangatlah seronok ye kawan-kawan sekalian. Semua orang kat sini baik teramat tau! Aku paling suka kalau orang yang tak kenal kita tapi cara nak tolong tu bersungguh-sungguh. Terharu!
Sebelum tu, mungkin sesetengah taktahu kan apa tu minggu mesra mahasiswa? okay minggu mesra mahasiswa tu sama jugak dengan orientasi cuma nama je lain hehe. Minggu Mesra Mahasiswa pun berjalan dengan lancar dan menyeronokkan. Pemudahcara semua sempoi dan baik teramat. Mereka sampai kipaskan pelajar baharu semua guna kipas kotak tau supaya kitorang tak panas. Hahah baik kan? Jarang sekali nak jumpa :)) Lepastu orientasi ni tak sama okay macam orientasi dulu-dulu. No denda no maki hamun kalau terlambat atau sebagainya. Yelah dah besar kut tak patut rasanya kena layan macam budak kecil lagi hehe :P
Next, kenangan yang paling tak boleh lupa waktu mmm antaranya ialah perang dectar. Wow memang bukan biasa-biasa sangat! Pertama kali aku join dan aku takkan lupa sampai bila-bila! Seronok sebab semua orang bersatu padu laungkan cheers kolej masing-masing. Lepastu masing-masing taknak mengalah hahah kelakar. Tapi memang gempak lah. Bergema satu dewan canselor tu. Fuhh.
Okay benda terakhir aku nak cerita tentang MMM ni ialah bahagian penutup! Hahaha sumpah seronok sebab waktu acara penutup ada buat pertandingan antara kumpulan warna sempena hari kemerdekaan. Memang terbaik persembahan dorang! Tabik spring sebab dalam waktu singkat mereka boleh persembahkan sesuatu yang sangat luar biasa dan kelakar. Bahagian nyanyi ramai-ramai macam koir pun aku gembira gila haha taktahula kenapa rasa kesatuan dan harmoni bila menyanyi bersama.
Oh last sebelum aku nak tutup entry ni aku suka tau cheers yang diajar oleh ketua pemudahcara. Antaranya cheers mangga, panah cinta, support dan macam-macam lah.
Dah sampai ke penghujungnya yeay itu sahaja entry kali ni. Jumpa next entry. BYE!!!!!!
Eh sebenarnya tujuan first blog ni aku nak cerita tentang kisah hidup baru aku! Tajuk nampak macam gempak je kisah hidup baru tapi bagi aku memang apa yang aku tengah jalani sekarang ni semua baru. Tempat baru, pengalaman baru dimana semua benda aku kena buat sendiri tanpa mak bapak dan adik-beradik aku tolong. Fuhh berpeluh weh. Korang tertanya kan apa benda lah yang baru sangat tu? Hehe yang baru ialah aku dah sambung belajar kat universiti! Aku dah dewasa tau! HAHAHAH semangat!. Bagi aku sambung belajar kat universiti ni adalah sesuatu yang baru sebab lain sangat dengan belajar masa di matrikulasi dulu. Bagi aku matrik dulu masih macam sekolah sebab terikat dengan peraturan sampaikan ada sekali tu nak ikut pergi 'family day' dekat Terengganu pun aku takut nak skip kelas tahu tak. Sedih sangat tak tipu. Yelah kang tak pasal-pasal kena merit lepastu pensyarah siap bagi ancaman macam-macam. Hmm.
Okay berbalik pada kisah dekat universiti ni, aku sekarang sambung belajar dekat Universiti Kebangsaan Malaysia atau nak senang panggil UKM jelah. Awalnya aku takdelah tertarik sangat pun nak masuk UKM tau sebab memang tiada siapa cerita pasal keistimewaan UKM sampailah aku sendiri yang masuk sini (inshaAllah blog seterusnya aku akan tunjukkan kehidupan di UKM) Sebelum hari pendaftaran memang banyak sangat ujian aku kena tempuhi sampai nak nangis dah rasanya. Eh tak! Memang dah menangis tak berlagu hehe tu aku tak nak lah cerita sebab benda yang lepas jangan dikenang tak gituu.
Sebelum tu, mungkin sesetengah taktahu kan apa tu minggu mesra mahasiswa? okay minggu mesra mahasiswa tu sama jugak dengan orientasi cuma nama je lain hehe. Minggu Mesra Mahasiswa pun berjalan dengan lancar dan menyeronokkan. Pemudahcara semua sempoi dan baik teramat. Mereka sampai kipaskan pelajar baharu semua guna kipas kotak tau supaya kitorang tak panas. Hahah baik kan? Jarang sekali nak jumpa :)) Lepastu orientasi ni tak sama okay macam orientasi dulu-dulu. No denda no maki hamun kalau terlambat atau sebagainya. Yelah dah besar kut tak patut rasanya kena layan macam budak kecil lagi hehe :P
Next, kenangan yang paling tak boleh lupa waktu mmm antaranya ialah perang dectar. Wow memang bukan biasa-biasa sangat! Pertama kali aku join dan aku takkan lupa sampai bila-bila! Seronok sebab semua orang bersatu padu laungkan cheers kolej masing-masing. Lepastu masing-masing taknak mengalah hahah kelakar. Tapi memang gempak lah. Bergema satu dewan canselor tu. Fuhh.
Gambaran waktu perang dectar di Dewan Canselor Tunku Abdul Rahman
Okay benda terakhir aku nak cerita tentang MMM ni ialah bahagian penutup! Hahaha sumpah seronok sebab waktu acara penutup ada buat pertandingan antara kumpulan warna sempena hari kemerdekaan. Memang terbaik persembahan dorang! Tabik spring sebab dalam waktu singkat mereka boleh persembahkan sesuatu yang sangat luar biasa dan kelakar. Bahagian nyanyi ramai-ramai macam koir pun aku gembira gila haha taktahula kenapa rasa kesatuan dan harmoni bila menyanyi bersama.
Oh last sebelum aku nak tutup entry ni aku suka tau cheers yang diajar oleh ketua pemudahcara. Antaranya cheers mangga, panah cinta, support dan macam-macam lah.
Dah sampai ke penghujungnya yeay itu sahaja entry kali ni. Jumpa next entry. BYE!!!!!!
Comments
Post a Comment